Bandar Seri Begawan, 17 MAC 2024 – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP)
serta Jabatan-Jabatwan di bawahnya pada pagi tadi telah mengadakan Majlis Memperingati Nuzul AlQuran dan Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Kementerian Sumber-Sumber Utama
dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan Dibawahnya bagi tahun 1446H/2025M, bertempat di Dewan
Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji
Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir dimajlis berkenaan ialah
Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan
serta pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta JabatanJabatan dibawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli dengan ceramah khas bertajuk ‘Hidupkan
Ramadhan Dengan Al-Quran’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin
Haji Awang, penceramah undangan dari Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian derma kepada anak-anak yatim seramai 53 orang yang
disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang juga dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang
Muhammad Najib bin Haji Awang.
Majlis seumpama ini merupakan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keugamaan tahunan yang
diungkayahkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan-Jabatan
dibawahnya bersempena bulan Ramadhan. Disamping bagi memohon keberkatan dan mendapat
ganjaran pahala yang sebanyaknya dibulan yang mubarak ini, majlis ini juga bertujuan untuk
mengeratkan hubungan silaturahim diantara para pegawai dan kakitangan serta menunjukkan sifat
keperihatinan kepada golongan-golongan anak-anak yatim di kalangan pegawai dan kakitangan di
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan dibawahnya.